Share





Pengaruh sekular, utamakan kebendaan punca institusi kekeluargaan kelam-kabut:


AGAK pelik dalam suasana masyarakat Barat menghadapi kemelut peradaban sangat mencabar, masih ada kalangan umat Islam yang kekal mahu berkiblat kepada tamadun Barat. Sepatutnya, kita perlu merenung kepincangan masyarakat Barat supaya tidak melakukan kesilapan sama.  

Bagaimana tidak, institusi keluarga yang menjadi asas utama kepada peradaban sesebuah masyarakat begitu kelam-kabut dalam amalan kehidupan mereka. Jika dulu institusi perkahwinan dihormati, sekarang ia tidak penting lagi.
Bahkan, sesama golongan sejenis boleh berkahwin. Jika institusi asas kehidupan bertamadun turut berubah dengan masa, apa sudah jadi kepada nilai kehidupan. 



Nilai luhur untuk membina keluarga iaitu melalui proses perkahwinan adalah sesuatu yang hakiki. Jika nilai hakiki turut berubah dengan masa, tidak hairan gelagat manusia turut menjadi keliru dan seterusnya menghadapi kemusnahan.

Yang lebih aneh, pendekatan diambil oleh ekonomi negara Barat makin hari makin bertambah kusut, keyakinan kita kepada pendekatan itu seolah-olah tidak ada alternatif pilihan. Mengapakah sempit pemikiran kita?

Hakikatnya, penyusunan ekonomi berasas perancangan pembangunan ekonomi yang berpaksi kepada strategik pencapaian pertumbuhan ekonomi gagal membangun sebuah ekonomi secara mantap.
Natijahnya, keadaan kemiskinan terus bertambah, kadar pengangguran meningkat, kos sara hidup turut naik dan akhirnya masyarakat menghadapi ketidakstabilan sosial. 




Beban hutang individu dan negara hasil daripada corak hidup mewah turut menghantui. Kecelaruan dasar penyusunan ekonomi mula dapat dilihat. Melalui rangsangan dasar fiskal, aktiviti ekonomi diharap dapat dijana.

Namun, selepas pendekatan itu diambil, beban hutang untuk membiayai usaha berkenaan makin membesar dan memberi kesan negatif kepada ekonomi. Penjimatan belanjawan turut memberi kesan negatif kepada ekonomi dan perbelanjaan sosial untuk kebajikan umum terpaksa dikurangkan.

Justeru, elok mencari punca kepada masalah masyarakat dan mengemukakan dasar pembangunan masyarakat yang syumul serta harmonis kerana asas penting kepada usaha menyusun serta membangun masyarakat perlu bersandar keperluan manusia secara komprehensif.

Keperluan manusia merangkumi keperluan kerohanian dan kebendaan perlu dipenuhi secara sepadu. Begitu juga sifat tabii manusia yang memiliki ciri individu serta masyarakat boleh dicapai melalui penghayatan prinsip keadilan dan kasih sayang.

Kedua-dua prinsip ini adalah asas utama kepada usaha menyusun kehidupan masyarakat dalam kesemua aspek kehidupan. Pengabaian kepada sesuatu aspek keperluan kehidupan akan memberi kesan negatif kepada usaha memajukan masyarakat dan negara.

Tidak dapat dinafikan, manusia tanpa bimbingan Ilahi melalui nabi akan membawa manusia ke lembah kehinaan. Islam berpandangan mengingkari petunjuk Allah adalah kezaliman terhadap diri seseorang, kefahamannya dan kebijaksanaan.

Bahkan, keangkuhan kepada penolakan terhadap kebenaran wujudnya petunjuk Allah menyebabkan lahirnya ideologi ‘sekular’, seterusnya mewujudkan pandangan kebendaan yang ketara kepada manusia dan masyarakat.

Allah mengutuskan kepada setiap umat manusia dari awal permulaan kewujudannya di dunia hingga akhir zaman iaitu Nabi Muhammad. Pengabdian manusia kepada Penciptanya adalah tuntutan asas Islam. Hasil pengabdian itu hidup manusia akan terarah.

Di samping itu, semangat keadilan dan kerjasama dalam kalangan umat manusia perlu dilaksanakan dalam sistem pemerintahan bermasyarakat dan bernegara. Justeru, sistem pemerintahan Islam perlu dibangunkan demi mendaulatkan keagungan Allah.

Dengan terbentuknya syariah Islam dalam hidup bernegara sudah pasti suasana positif untuk amalan Islam di peringkat individu dan masyarakat dapat terlaksana. Allah menjaminkan bahawa jalan selamat bagi manusia adalah dengan Islam.

Wahyu dan akal yang terdidik sempurna tidak akan bertelagah. Akal dan hati manusia yang suci mudah menerima panduan Ilahi kerana wahyu diutus kepada manusia untuk menjalani hidup yang benar.





                    Mencegah Kemungkaran Secara Bijaksana

     Islam gariskan kaedah terbaik bagi ummah tangani masalah sosial dalam masyarakat
MARILAH bersama mempertingkatkan ketakwaan ke hadrat Allah dengan menunaikan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat keredaan Allah di dunia mahupun akhirat yang kekal abadi.

    Renungkanlah, pelbagai kemungkaran berlaku dalam masyarakat seperti perbuatan zina, berkhalwat, sumbang mahram, jenayah rogol dan sebagainya, membabitkan orang Islam, seolah-olah mereka tidak mengenal batas pahala dan dosa, halal atau haram.
Kemungkaran ini akan terus menular selagi ia tidak dicegah dan dirawat. Persoalannya, siapakah yang patut mencegah kemungkaran dan bagaimana pula cara untuk mencegahnya?
Untuk mencubanya, marilah kita fahami dan hayati firman Allah yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara baik dan melarang daripada segala perkara salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar beriman)." (Surah Al-Imran, ayat 110)
Allah menjelaskan, tugas mengajak yang makruf dan mencegah kemungkaran adalah tugas kita bersama bermula daripada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara hinggalah ke alam sejagat.
       Seorang suami bertanggungjawab mencegah kemungkaran yang dilakukan isteri dan anaknya. Begitu juga guru terhadap muridnya dan pemimpin terhadap rakyatnya.
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka." (Surah At-Tahrim, ayat 6)
Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah Bin Umar: "Kamu semua adalah pemimpin dan kamu akan dipersoalkan di atas setiap apa yang kamu pimpin. Seorang imam (pemimpin negara) adalah pemimpin dan akan ditanya (dipersoalkan) apa yang sudah dipimpinnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam menggariskan beberapa kaedah untuk mencegah kemungkaran supaya dapat dilakukan secara berhikmah dan bijaksana.

         Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan), jikalau tidak berkuasa hendaklah dicegah dengan lisan, jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman."
Berdasarkan kepada ketiga-tiga kaedah berkenaan, adakah kita sudah melaksanakan perintah itu? Justeru, kita patut berusaha ke arah membanteras perbuatan mungkar, di samping menilai kembali berapa banyak kita mengabaikan tugas nahi mungkar.
Ingatlah, jika kita langsung tidak ambil peduli dan membiarkan maksiat terus bermaharajalela, maka bersedialah untuk mendapat bala bencana. Kita perlu ingat dan sedar, apabila bala bencana menimpa, ia tidak mengenal siapa mangsanya.

        Apakah kita sanggup menghadapi bala menimpa negara kita? Tepuk dada tanya iman. Sejarah lampau memperlihatkan kepada kita bagaimana akhirnya golongan manusia yang mengabaikan perintah menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran.
Ibnu Abbas bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud: "Adakah binasa sesebuah kampung itu walaupun dalamnya ada orang salih? Rasulullah SAW mengatakan, disebabkan mereka memandang mudah dan berdiam diri tanpa melarang perbuatan menderhaka Allah, maka Allah perintahkan malaikat supaya menterbalikkan kota itu ke atas penduduknya."
Apabila kita diberi tanggungjawab atau mengambil inisiatif untuk mencegah kemungkaran, maka perkara berikut perlu diberikan perhatian antaranya niat atau tujuan adalah kerana Allah bukan untuk mencari kesalahan dan mengaibkan orang lain.
Perkara mungkar itu adalah perkara yang sudah disepakati ulama dalam menentukan kemungkarannya.
        Tanggungjawab mencegah kemungkaran perlu dibuat sesiapa saja yang berdepan perbuatan mungkar dan perlu mencegahnya dengan kaedah dinyatakan tadi. Ingin saya tegaskan, kita semua perlu mengambil tanggungjawab membanteras kemungkaran.
Anggaplah ia sebagai tugas utama dan ancaman kepada agama serta negara supaya dapat mengundang rahmat dan keampunan Allah.
              Akhir kalam, marilah bersama renungkan firman Allah yang bermaksud: "Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah At-Taubah, ayat 71).


Wallahu'alam




Pergaulan Bebas Hampiri Zina



DUNIA semakin canggih dengan pelbagai inovasi yang dihasil kan bagi kepentingan manusia. Namun, dalam kecanggihan kehidupan hari ini, kita tidak terlepas daripada masalah akhlak dan hilangnya nilai murni.
Ramai manusia hilang arah dalam membezakan antara perkara yang baik dan jelek serta perkara yang membawa faedah atau padah.
Disebabkan manusia berlumba mengejar kehidupan dunia yang jauh dari landasan ditetapkan Allah.



Kes pembuangan bayi tidak berdosa dilihat semakin meruncing. Namun, segelintir anggota masyarakat belum sedar padah yang bakal diterima jika masalah berkenaan terus berlaku dalam masyarakat.
Ia menunjukkan masyarakat hari ini lebih teruk daripada masyarakat zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka hanya membunuh anak perempuan kerana malu dan menganggap golongan itu lemah serta tidak setanding dengan anak lelaki yang boleh diajar untuk berperang.
Perkara berkenaan dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi daripada orang ramai kerana (berasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (dia beroleh anak perempuan sambil dia berfikir), adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu." (Surah al-Nahl, ayat 58-59)
Namun, hari ini, tidak kira anak lelaki atau perempuan, yang lahir kerana dosa ibu bapanya, maka mereka dibunuh dengan kejam serta dinafikan hak menikmati kehidupan.
Antara sebab utama berlakunya masalah itu ialah masyarakat sendiri tidak mengambil berat hubungan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram.
Persepsi masyarakat hari ini menganggap hubungan bebas itu adalah cara hidup baru moden. Saban hari kita melihat gerak-geri anak muda di tengah-tengah kepesatan bandar, melakukan perkara dilarang Islam.

Berpegangan tangan, ber pelukan, malah ada anak muda ini yang tidak segan
silu bercumbuan di depan khalayak ramai.
Semua itu adalah bibit permulaan dosa zina.
Sesungguhnya Allah mengingatkan kita sentiasa menjauhi perkara yang boleh membawa kepada zina. Firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah fahishah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)" (Surah al-Isra’: ayat 32)
Fenomena terbabit sedikit sebanyak boleh diselesaikan jika setiap anggota masyarakat menjalankan tugas masing-masing dalam membanteras gejala keruntuhan moral itu.
Pihak berkuasa pula seharusnya perlu sentiasa meng ingatkan golongan muda agar sentiasa menjaga tingkah laku mereka khususnya di khalayak umum.
Sikap ‘tidak mengapa’, ‘bukan keluarga kita’, ‘itu hal dia’ perlu dibuang kerana setiap individu Muslim bertanggungjawab mengajak melakukan amal makruf dan mencegah yang mungkar.
Peranan berkenaan menjadi lebih efektif jika ia mendapat sambutan pihak media. Media cetak atau elektronik seharusnya berganding bahu menyelesaikan masalah itu.
Ibu bapa berperanan besar memberi perhatian kepada anak di bawah jagaan mereka. Mereka perlu lebih bijak daripada anak-anak di mana mereka perlu kenal siapa yang berkawan dengan anaknya.

Sejak awal lagi Islam memberi garis panduan kepada ibu bapa iaitu melakukan pemisahan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan.
Didikan awal berkenaan memberi panduan bahawa lelaki tidak boleh bercampur dengan perempuan sebebas-bebasnya, walaupun dalam kalangan adik-beradik.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Perintahlah anak-anak kamu bersolat pada usia tujuh tahun. Pukullah mereka jika mereka meninggalkan solat pada usia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka". (Hadis riwayat Ahmad)
Contoh lain, Islam memberi penerangan yang jelas bahawa lelaki dan perempuan itu tidak boleh bercampur secara bebas ialah ketika keadaan saf wanita yang hampir dengan saf lelaki ketika solat berjemaah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang paling depan." (Hadis riwayat Muslim)
Begitulah indahnya Islam yang tetap menitik-beratkan hubungan antara lelaki dan perempuan, meskipun dalam suasana yang baik (dalam masjid).

Bukan setakat menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan saja, malah Islam turut menekankan perlunya menjaga batasan hubungan antara kaum sejenis.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tidak boleh seorang lelaki memandang aurat lelaki lain dan tidak boleh seorang wanita memandang aurat wanita yang lain, dan tidak boleh seorang lelaki bersama dengan lelaki lain dalam satu kain (selimut) dan tidak boleh seorang perempuan bersama dengan wanita lain dalam satu kain (selimut)." (hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya, dosa zina itu adalah besar. Sarjana Islam sepakat bahawa dosa zina adalah antara dosa-dosa besar (al-kaba’ir). Ibnu ‘Abbas pernah berkata bahawa: "Dicabut cahaya (nur) keimanan di dalam zina." (Riwayat Bukhari dalam kitab Fath al-Bari)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Ada tiga golongan (manusia) yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari Kiamat dan tidak mensucikan mereka dan tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka seksa yang sangat pedih, iaitu; orang tua yang berzina, raja yang pendusta (pembohong) dan orang miskin yang sombong." (Hadis riwayat Muslim)
Bagi menjaga kelangsungan identiti umat Islam pada masa akan datang, pencegahan peringkat awal dengan cara yang ditetapkan Islam, adalah lebih baik daripada pemulihan pada peringkat yang tidak dapat dibendung lagi.

Walau bagaimanapun, anak yang lahir daripada dosa zina adalah tidak berdosa sama sekali. Sesungguhnya, setiap anak Adam itu tidak sesekali mewarisi dosa kedua orang tuanya.

Wallahua'lam.

Amalan baca Al-Quran bantu rawat masalah emosi
Kitab suci mukjizat teragung perkukuh kekuatan dalaman, berikan ketenangan jiwa
KEHIDUPAN di dunia ini sentiasa silih berganti antara kebahagiaan dan penderitaan. Ketika ditimpa kesusahan, jiwa menjadi gelisah dan murung kerana memikirkan permasalahan dihadapi.

Kata Ibnu Mas’ud, bagi setiap kegembiraan ada kesedihan dan tidak ada satu tempat pun yang dipenuhi kesenangan kecuali tempat itu juga diisi oleh kesedihan.
Biasanya kita akan berehat atau melakukan sesuatu aktiviti bagi mengatasi masalah emosi. Sebenarnya ubat paling mujarab ialah membaca al-Quran, iaitu amalan yang semakin ditinggalkan kecuali apabila tiba Ramadan.

Selain mendapat pahala, membaca al-Quran adalah mukjizat agung dalam membaik pulih kegelisahan jiwa dan mengatasi kemurungan hidup.
Allah berfirman bermaksud: "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya." (Surah al-Israa’: 82).

Firman Allah lagi bermaksud: "Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman." (Surah Yunus: 57).

Membaca al-Quran selain satu ibadat, juga boleh menjadi ubat atau terapi mengubati jiwa yang gelisah, gundah atau ketika fikiran berserabut.
Diriwayatkan, ada seorang lelaki datang menemui Abdullah bin Mas’ud untuk meminta nasihatnya kerana lelaki itu sedang berserabut dan jiwanya resah gelisah. Abdullah kemudian menasihatkan lelaki itu: "Pergilah kamu ke tempat orang yang membaca al-Quran dan mendengar baik-baik orang membacanya. Kamu juga boleh membacanya sendiri."

Selepas itu, lelaki berkenaan pulang dan mengamalkan pembacaan al-Quran seperti dinasihatkan Abdullah bin Mas’ud. Lelaki itu berasa jiwanya cukup tenang dan amat tenteram. Fikirannya tidak lagi berserabut memikirkan masalah dunia.
Sebenarnya bukan lelaki itu saja membaca al-Quran berasa tenang dan aman, tetapi semua orang yang membacanya dengan hati khusyuk ditambah pula memahami akan maknanya akan mampu merasai kemanisan iman. Begitulah hebatnya mukjizat al-Quran.

Membaca al-Quran adalah satu cara mengingati Allah. Orang yang sentiasa mengingati Allah dalam apa situasi sudah pasti jiwa berada dalam keamanan dan tenteram.
Firman Allah bermaksud: "Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram." (Surah Ar-Ra’d: 28).
Oleh itu, jadikan membaca al-Quran sebagai gaya hidup dan jangan membacanya tatkala ditimpa masalah saja. Kesungguhan membaca al-Quran akan memantapkan rohani dan menjernihkan hati. Ingatlah Allah pada waktu lapang, tentu Allah akan ingat dan bantu kita ketika susah.



Pengenalan Usrah

     Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.
     Manakala dari segi istilahnya pula, usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

     Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

    Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong  apabila ada ahli yang  ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan.


Kae'dah sedekah Tanpa Wang
1)Sedekah dengan Hati
   -Niat yang ikhlas dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:"Seorang hamba yang dikurniakan ALLAH ilmu dan niat yang tulus, ia berkata :'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberi harta dan dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama."(Riwayat al-Tirmizi)


2)Sedekah dengan Lisan
   -Berzikir seperti bertasbih, tahmid dan tahlil dan takbir. Abu dzar meriwayatkan Rasulullah SAWbersabda yang bermaksud: "Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil juga adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah..."(Riwayat Muslim)

   -UcapanYang Baik.
 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Perkataan yang baik adalah sedekah."(Riwayat al-  Bukhari)Antara ucapan yang baik ialah:
   -Memberi salam.
   -Mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.
   -Berlemah lembut sewaktu bercakap dan tidak mengguris hati orang lain.

3)Sedekah dengan Perbutan
   -Senyuman. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya."Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah."  (Riwayat Tirmizi).
   -Solat.Solat adalah sedekah untuk diri sendiri. Berjalan ke masjid juga merupakan sedekah.
   -Puasa Sunat juga sedekah untuk diri sendiri
   -Tidak mampu menunaikan haji dan umrah, tetapi inginkan pahalanya?Sabda Rasulullah SAW 
     mafhumnya ;"Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk menunaikan  
     solat.fardhu, pahalanya seperti pahala haji. Barangsiapa yang keluar untuk solat Duha dan tidak  
     keluar melainkan hanya untuk itu, pahalanya seperti pahala umrah."(Riwayat Abu Daud).
   -Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalangi jalan.
   -Membersihkan masjid dan menjaga kebersihannya
   -Menolong insan yang memerlukan dan mendamaikan antara dua orang.
   -Memberi tumpang seseorang atau barang-barang dengan kenderaan.
   -Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat serta membantu orang buta.
   -Memberi minuman kepada sesama makhluk tidak kira sama ada manusia atau binatang.
   -Memberi pinjaman wang atau mengizinkan penanguguhan membayar balik pinjaman sekiranya 
    orang meminjam tidak mampu membayar dalam tempoh yang sepatutnya dilangsaikan hutang itu.
   -Mengajarkan Ilmu.
   -Menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk ALLAH.

Solusi


Tips-tips Cemerlang daripada Al Quran
Mencari Kecemerlangan Hakiki

'Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga maka dia telah beruntung.Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan(ghurur)' Surah Al Imran:185


     Pada muka depan Harian Metro bertarikh 10 mac 2005, terpampang satu tajuk utama'4410 Calon SPM lulus cemerlang.' Pelajar2 ini mendpt A dalam semua mata pelajaran yg di ambil, termasuk 662 org mencatat a1 dalam semua subjek.

    Tajuk ini menyebabkan saya terketuk minda untuk bertanya."Apa itu cemerlang? "Dalam bhsa inggeris cemerlang bermaksud excellence. Excellence menurut The American Heritage Dictioniory of the english Language. Fourth Edition. 2000, bermaksud,"The state, quality, or condition of excelling;superiority."

    Di dalam Kamus Dewan Edisi Baru, cemerlang bermaksud'bersinar(bercahaya) dgn terang sekali, berkilauan, gilang-gemilang: (berkenaan) kejayaan, keputusan yang baik."

    Mengapa pelajar-pelajar ini dikatakan cemerlang? selepas saya berfikir beberapa ketika, saya mendapat satu jawapan. Mereka dikatakan cemerlang kerana mereka melepasi piawaian yg ditetapkan ke atas mereka dgn baik. Siapa yg menntukan piawaian ini? Pihak2 tertentu di Kementrian Pelajaran. Justeru, kecemerlangandapat di ertikan sbg keadaan melepasi suatu piawaian yg ditetapkan dgn keputusan yg sangat baik.Tahniah kpd mereka yg cemerlang ini.....

    Namun, kecemerlangan seumpama ini bukanlah segala-galanya. Tanggal 20 mac 2005, akhbar HARIAN METRO melaporkan"Pelajar Cemerlang Ceroboh Sekolah". Insiden ini berlaku di sekolah Kebangsaan Kulim, Kuala Tiga. Dalam kejadian ini 2 pelajar form 4 yg cemerlang dalam aliran sains menceroboh sekolah mencuri peralatan komputer. Mereka akhirnya berjaya di tahan Polis. Bagaimana pelajar2 yg cemerlang boleh menceroboh sekolah?? Kalimah cemerlang dan ceroboh mempunyai nilai berlawanan.........

    Insiden ini menunjukkan, kecemerlangan yg di capai di dunia ini, sama ada dalam bidang akademik, kerjaya, sukan, perindustrian, hiburan dan lain2, hanyalah kecemrlangan jgka pndk yg sempit berbentuk sementara. Ia bukan kecemerlangan hakiki. Malah, kadangkala kecerlangan dunia ini memperdayakan manusia spt yg berlaku kpd Qarun. Dia terpedaya dgn harta benda dan kekayaan sehingga akhirnya mndpt kutukan drp Allah. Allah menyatakan dalam Surah Asy-Syura ayat 36.

   Kecemerlangan hakiki adalah kecekan kecemerlanganan kemuncak yg tdk memerlukan kemerlangan lain selepas itu. Islam membicarakan berkenaan kecemerlangan kemuncak ini. Dalam Surah Al-Imran ayat185, ALLAH SWT menyatakan yg bermaksud "Tiap-tiap jiwa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan pahalamu.  Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan(ghurur)."

   Justeru kecemerlangan yg hakiki adalah memasuki syurga yg disediakan ALLAH SWT. Walaubagaimanapun Islam tdk memandang kecil kecemerlangan di dunia. Ia mempunyai kepentingan. Namun kecemrlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. Imam Ghazali, di dalam Ihya Ulumuddin bab Syukur, apabila menceritakan berkenaan kecemerlangan kemuncak di akhirat berkata, "Ciri-ciri kebahagiaan di akhirat(yg tdk ada di dunia) boleh dibahagikan kpd empat. 
1) Keadaan kekal abadi.
2) Kegembiraan berkekalan.
3) Tidak wujud lagi kejahilan ke atas itu.
4) Tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu.

Benarlah kata NABI, "Kesempurnaan nikmat adalah memasuki syurga." Hadis ini di laporkan oleh Imam Tirmizi.

  Oleh kerana syurga adalah milik ALLAH SWT, piawaian bagi memasuki syurga telah ditetapkan oleh ALLAH SWT. Umat Islam dpt mengetahui piawaian itu melalui Al Quran. Hanya dgn mengikut formula Al Quran shj dan di bantu oleh Sunnah, umat akan cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat. InsyaALLAH.




KAMUS ISTILAH



1) Ajnabi           -Lelaki(bukan  saudara dekat) yg sah dikahwinkan dgn seseorang perempuan.

2) Amal Jariah - amalan baik yg memberi manfaat kpd pelakunya hingga ke akhirat.

3) Asnaf            -Golongan yang berhak menerima zakat.