Thursday, May 5, 2011

Apa erti saya menganut ISLAM...

Belilah buku ini...


Tajuk buku   : Apa ertinya saya menganut Islam
Penulis Buku : Ustaz Fathi Yakan

Sebagai seorang Muslim anda harus memiliki buku yang serba ringkas dan padat ini.
Antara bab yang di huraikan dalam buku ini adalah :

1) Saya mestilah Muslim di sudut Aqidah.
2) Saya mestilah Muslim di sudut Ibadah.
3) Saya mestilah Muslim disudut Akhlak.
4) Saya mestilah Muslim di sudut berkeluarga.
5) Saya mestilah mampu mengawal diri.
6) Saya mestilah yakin masa depan di tangan ISLAM.

       Antara isi-isi yang saya dapat simpulkan dengan mudah dalam buku ini ialah berkenaan soal Aqidah, Ibadah dan Akhlak iaitu asas yang wajib diketahui dan diamalkan sebagai seorang Muslim. Terdapat dalil-dalil lengkap daripada Al-Quran dan Hadith di dalam buku ini bagi memperincikan lagi sesuatu pernyataan.
      Selain itu, buku ini memberikan gambaran ataupun teori yang bermanfaat dalam membentuk Keluarga Muslim, Ka'edah mengawal diri dan seterusnya menyakini konsep keyakinan kita bahawa masa depan adalah di tangan ISLAM.

Sekadar Renungan
Ramai kita pada hari ini hanya sekadar Islam keturunan. Oleh sebab itu, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang benar ini iaitu agama Islam. Islam adalah agama yang mudah dan bukan agama yang menyusahkan penganutnya.

Wallahu'alam bissawab.

3 comments: